Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

It's ME!

Assalamualaikum w.b.t

Lama bebenor rasanya akak tak mengintai kat sini. Naik bersawang dah laman sesawang akak ni. Tak tau lah virus apa yang dah menyerang akak. Malas sungguh nak menjenguk, nak meng'hapdate', nak berceloteh, nak berkongsi resepi dan macam-macam lagi lah.

Entah kenapa tetiba datang satu perasaan halus, keazaman dan keinginan yang tinggi untuk kembali aktif (walhal akak takde lah aktif mana pun) he he he.. Barangkali tahun baru dah menjelma kot. Bukan setakat menjelma lagi, dah masuk hari yang ke-14 pun. Biasa lah, bila masuk je tahun baru, macam-macam azam yang akak senaraikan. Sampai ke penghujung tahun, ada je yang tak tertunai. Tapi takpe, bak kata omputih 'it's better than none' ;)

Jadi, untuk merealisasikan 'angan-angan mat jenin' (hopefully bukan angan-angan mat jenin la) akak tu, akak mengambil keputusan untuk menukar nama blog akak. Dulu-dulu lebih dikenali dengan nama damia-cakes-hannah-cuppies.blogspot.com. Setelah melalui fasa perubahan, akak pun tukar la kepada nama nydiamrshairudin.blogspot.com. Bukannya apa, akak merasakan yang nama lama tu dah tak bape relevan lagi. 

Ada 2 sebab kenapa dan mengapa akak tukar nama blog ni.
  1. Dulu2, blog ni akak hasilkan sebagai medium mempromosikan bisnes cake & cupcake yang akak jalankan. Dah hampir 3 dah tahun akak stop dari dunia 'baking'. Kadang2 tu ada gak timbul keinginan untuk aktif semula. Tapi kekangan masa akak skang ni memaksa akak menunda semula keinginan tersebut. In shaa Allah, ada peluang nanti akak pasti akan kembali aktif :)
  2. Nama blog ni dulu adalah sempena nama anak akak yang sulung. Anak akak tu masih dalam kandungan lagi masa akak mula aktif dalam dunia 'baking' ni. Anak akak tu pun dah menginjak ke usia 5thn September nanti. Dan dia pun dah ada 2 orang adik; 1 pompuan 1 lelaki. Jadi, bila akak berazam untuk mengaktifkan diri sebagai blogger (In shaa Allah), akak merasakan yang akak perlu berlaku adil kepada mereka ber-3. Maka itu, nama blog ini pun bertukar la. Sekian! 
Sebagai penutup mukadimah, akak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015! Walaupun dah hari yang ke-14 di bulan Januari, akak rasa belum terlambat lagi nak buat ucapan he he he. Akak mendoakan semoga kedatangan 2015 ini membawa kebaikan untuk kita semua. Semoga kita mampu menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia di dunia sementara ini mahupun di dunia yang kekal nanti.

L to R : Damia Hannah, Damia Sarah & Danial Zahin

xoxoxo

Tuesday, November 19, 2013

HIJRAH dan REZEKI

Assalamualaikum and Good Day All,

I've created this blog before as a medium to advertise my part time business. Since I'm not going to do that for a temporary time, I decided to fully utilize it as my note pad to share some stories, recipes or pictures with all my viewers and followers. All entries to be posted is all about my life, family & loves. From deep inside my heart, really hope that all of you will like and love that. Mana yang baik, bole dijadikan panduan. Yang buruk, jadikan pedoman dan jangan menjadi ikutan ye.. :)
 
So, this entry I want to share some 'words' that I created (dah macam sajak) about HIJRAH and REZEKI. Let's hayati and fahami. Apa yang saya tulis ni, adalah dari my point of view. Tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Ini semua dari pengalaman saya sendiri.


" Jangan takut untuk berHIJRAH
Jangan ragu-ragu untuk berHIJRAH
BerHIJRAH lah untuk kebaikan
BerHIJRAH lah ke arah kebaikan
Sesungguhnya suatu pengHIJRAHan itu
pembuka kepada pintu-pintu rezeki
Rezeki datang tanpa di sangka-sangka
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan rupa
Panjatkan kesyukuran

Kuatkan keimanan
Perbanyakkan amalan

Ya Allah Ya Tuhanku
Syukur dan pujiku hanya untuk-Mu
Jangan biarkan aku leka
dengan
kegembiraan & kebahagiaan yang telah Engkau berikan
Dan jangan biarkan aku hanyut dengan
kesedihan & kekecewaan yang telah Engkau takdirkan
Aamiin "
 
In my next entry, saya akan kongsikan dengan semua kaitan antara 'so called' sajak di atas dengan pengalaman saya sekeluarga. Until we meet in my next entry. In shaa Allah..
 
xoxoxo
 

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...