Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

Monday, February 15, 2016

Akak Datang Lagi

Assalamualaikum w.b.t

Fuhh!!!! berhabuk berlapuk blog akak. Last entry Feb 2015. Hari ni dah 15 Feb 2016, setahun berlalu tanpa new entry. Nampak gayanya akak carry forward azam 2015 ke 2016 lak la..hehehe

Banyak cerita yang akak nak share. Tapi seperti kebiasaannya la, tak tau nak mulakan dari mana. Teruk bebenor akak ni kan?? Almaklumlah dek non, umur makin meningkat ni tahap fokus pun dah tak cam dolu2. Banyak pikir barangkali.. hurmmmm

Tak mau cakap banyak, tak mau celoteh panjang. Akak ringkaskan untuk first entry tahun 2016 ni.. SELAMAT DATANG 2016. Please be nice to me & others :)

p/s: walaupun 2016 dah nak menjenguk ke bulan March, akak tetap nak wish Happy New Year 2016 !!!

xoxoxo

Wednesday, January 14, 2015

It's ME!

Assalamualaikum w.b.t

Lama bebenor rasanya akak tak mengintai kat sini. Naik bersawang dah laman sesawang akak ni. Tak tau lah virus apa yang dah menyerang akak. Malas sungguh nak menjenguk, nak meng'hapdate', nak berceloteh, nak berkongsi resepi dan macam-macam lagi lah.

Entah kenapa tetiba datang satu perasaan halus, keazaman dan keinginan yang tinggi untuk kembali aktif (walhal akak takde lah aktif mana pun) he he he.. Barangkali tahun baru dah menjelma kot. Bukan setakat menjelma lagi, dah masuk hari yang ke-14 pun. Biasa lah, bila masuk je tahun baru, macam-macam azam yang akak senaraikan. Sampai ke penghujung tahun, ada je yang tak tertunai. Tapi takpe, bak kata omputih 'it's better than none' ;)

Jadi, untuk merealisasikan 'angan-angan mat jenin' (hopefully bukan angan-angan mat jenin la) akak tu, akak mengambil keputusan untuk menukar nama blog akak. Dulu-dulu lebih dikenali dengan nama damia-cakes-hannah-cuppies.blogspot.com. Setelah melalui fasa perubahan, akak pun tukar la kepada nama nydiamrshairudin.blogspot.com. Bukannya apa, akak merasakan yang nama lama tu dah tak bape relevan lagi. 

Ada 2 sebab kenapa dan mengapa akak tukar nama blog ni.
  1. Dulu2, blog ni akak hasilkan sebagai medium mempromosikan bisnes cake & cupcake yang akak jalankan. Dah hampir 3 dah tahun akak stop dari dunia 'baking'. Kadang2 tu ada gak timbul keinginan untuk aktif semula. Tapi kekangan masa akak skang ni memaksa akak menunda semula keinginan tersebut. In shaa Allah, ada peluang nanti akak pasti akan kembali aktif :)
  2. Nama blog ni dulu adalah sempena nama anak akak yang sulung. Anak akak tu masih dalam kandungan lagi masa akak mula aktif dalam dunia 'baking' ni. Anak akak tu pun dah menginjak ke usia 5thn September nanti. Dan dia pun dah ada 2 orang adik; 1 pompuan 1 lelaki. Jadi, bila akak berazam untuk mengaktifkan diri sebagai blogger (In shaa Allah), akak merasakan yang akak perlu berlaku adil kepada mereka ber-3. Maka itu, nama blog ini pun bertukar la. Sekian! 
Sebagai penutup mukadimah, akak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015! Walaupun dah hari yang ke-14 di bulan Januari, akak rasa belum terlambat lagi nak buat ucapan he he he. Akak mendoakan semoga kedatangan 2015 ini membawa kebaikan untuk kita semua. Semoga kita mampu menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia di dunia sementara ini mahupun di dunia yang kekal nanti.

L to R : Damia Hannah, Damia Sarah & Danial Zahin

xoxoxo

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...