Sunday, April 6, 2014

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Jeng jeng jeng...ini lah dia entry pertamaku untuk tahun 2014..punyalah lama dok mengarang serta merangka apa yang nak di kongsi ngan semua..macam2 cerita yang bersarang dalam kepala ni, cuma bila nak menterjemahkannya, punyalah payah..asik la bertangguh..asik la kebuntuan kata2..Tup tup, ini lah hasilnya..chekidout... :)

Esok 6 April 2014, genaplah setahun akak and family menjadi perantau di bumi zikrullah ni. Sungguh pantas masa berlalu. Cam x sedar, ghupa2nya dah setahun akak di perantauan. Sepanjang 1tahun ni, macam2 perkara yang berlaku. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang mengujakan. Macam2 lah. Nak story satu2 cam x larat lak. Lagi2 la dalam keadaan kesihatan akak yang up and down ni...hihihihi..

Akak rasa, cukuplah mukadimah 2 perenggan tu..penat lak nak type panjang2..Nanti lagi banyak yang akak merapukan..hahahaha

Sebagai merasmikan entry pertama untuk tahun 2014 ni, nah..akak belanja you all gambar ni..sila scroll bawah ye...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Menarik tak? Terliur tak? :D

Bersilat akak kat dapur nak siapkan juadah yang istimewa ni. Mujur my dear hubby sudi membantu. Kalau tak, memang tersungkur la akak kat dapur tu. Incik somi dah tegur dah, kalau x larat jangan buat. Masak yang senang je pesannya. Tapi disebabkan konon2nya sebagai nak mengenang hari peristiwa a.k.a anniversary, nekad masak SOTO AYAM JOHOR versi akak. Lagi2 my lil baby ni menendang2 nakkan soto hihihi. Merayulah akak meminta bantuan incik somi..hihihihi...boleh gitu???

Meh akak kongsikan resepi SOTO AYAM versi akak..kalau rasa menarik, sila la cuba.. :) Opss sebelum tu, terima kasih kepada tuan empunya resepi. Akak tak ingat kat blog mana akak dapat resepi ni. Akak modify sikit2 la, ikut versi akak..hehehehe

SOTO AYAM JOHOR

BAHAN-BAHAN (KUAH/SUP):

a) Bahan Untuk Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
b) Bahan Untuk Kisar Halus (blend)
  • 1 biji bawang besar
  • 7-8 biji bawang kecil
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 3-4 biji buah keras
c) Bahan-bahan Lain
  • Rangka & isi ayam - cuci bersih & toskan
  • 2 batang serai - di titik
  • 1 inci lengkuas - di titik
  • Daun sup - kerat kasar
  • Bawang goreng - agak2 1 genggam
  • 2 tbsp rempah sup + 1 tbsp rempah kurma + 5-6 tbsp air - jadikan pes
  • Air secukupnya
CARA-CARA:

1) Panaskan minyak dalam periuk.
2) Tumiskan bahan a) hingga berbau harum.
3) Masukkan serai, lengkuas & bahan b) hingga wangi.
4) Masukkan pes & tumis hingga rempah sedikit garing.
5) Masukkan rangka & isi ayam. Gaul rata & biar kecut sedikit.
6) Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng & daun sup. Kacau rata & biar mendidih.
7) Kecilkan api & reneh agak2 1jam. Tambah garam secukup rasa.
8) Selepas agak2 20-30 minit, keluarkan bahagian ayam yang berisi, biarkan sejuk & carik halus.

BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Nasi impit - yang telah direbus @ Bihun - yang telah dicelur
  • Begedel - resepi sila scroll down ya..
  • Taugeh (buang ekor) - dicelur sebentar
  • Soo hoon goreng - pastikan minyak betul2 panas
  • Kacang tanah goreng
  • Daun sup - di hiris
  • Bawang goreng
  • Daging ayam yang telah di carik halus
  • Sambal kicap

Soto tanpa begedel umpama lagu tanpa irama..Macam makan nasi tak berlauk..chewah, bermadah bagai...kihkihkih..Moh kita intai resepi begedel akak..

BEGEDEL

BAHAN-BAHAN:

6-7 biji kentang - kupas kulit, cuci bersih, rebus @ goreng
200gm daging kisar
Daun sup - mayang halus
Bawang goreng - secukupnya
2 biji telor

CARA-CARA:

1) Rebus @ goreng kentang yang telah dikupas. Setelah lembut, angkat dan lecekkan.
2) Masukkan daging kisar, daun sup & bawang goreng. Gaul sebati.
3) Perisakan & perasakan dengan garam secukupnya & serbuk lada hitam. Gaul rata.
4) Kepal2kan menjadi bebola. Kemudian leperkan bebola macam rupa bentuk kuih cucur badak.
5) Simpan sebentar dalam fridge (Agak2 dalam 15 minit).
6) Panaskan minyak dalam kuali.
7) Telor dipukul sebentar. Salutkan begedel dengan telor kemudian goreng hingga kekuningan.

Begitula ghupanya resepi SOTO AYAM akak. Sila lah cuba pada yang berkenan. In shaa Allah sedap dan x mengecewakan. :) 

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!

Ok la, dah panjang lebar akak merapu. Akak stop sini dulu la ye..until we meet again in my next entry..

Bubbye & Assalamualaikum...


xoxoxo

Tuesday, November 19, 2013

HIJRAH dan REZEKI

Assalamualaikum and Good Day All,

I've created this blog before as a medium to advertise my part time business. Since I'm not going to do that for a temporary time, I decided to fully utilize it as my note pad to share some stories, recipes or pictures with all my viewers and followers. All entries to be posted is all about my life, family & loves. From deep inside my heart, really hope that all of you will like and love that. Mana yang baik, bole dijadikan panduan. Yang buruk, jadikan pedoman dan jangan menjadi ikutan ye.. :)
 
So, this entry I want to share some 'words' that I created (dah macam sajak) about HIJRAH and REZEKI. Let's hayati and fahami. Apa yang saya tulis ni, adalah dari my point of view. Tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Ini semua dari pengalaman saya sendiri.


" Jangan takut untuk berHIJRAH
Jangan ragu-ragu untuk berHIJRAH
BerHIJRAH lah untuk kebaikan
BerHIJRAH lah ke arah kebaikan
Sesungguhnya suatu pengHIJRAHan itu
pembuka kepada pintu-pintu rezeki
Rezeki datang tanpa di sangka-sangka
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan rupa
Panjatkan kesyukuran

Kuatkan keimanan
Perbanyakkan amalan

Ya Allah Ya Tuhanku
Syukur dan pujiku hanya untuk-Mu
Jangan biarkan aku leka
dengan
kegembiraan & kebahagiaan yang telah Engkau berikan
Dan jangan biarkan aku hanyut dengan
kesedihan & kekecewaan yang telah Engkau takdirkan
Aamiin "
 
In my next entry, saya akan kongsikan dengan semua kaitan antara 'so called' sajak di atas dengan pengalaman saya sekeluarga. Until we meet in my next entry. In shaa Allah..
 
xoxoxo
 

Monday, November 18, 2013

After 1.5years..I'm Back

Assalamualaikum & Good Day Everyone.

Lama sungguh saya tak menjenguk dan meng'update'kan story dalam blog ni. Perasaan dan keterujaan untuk menulis entry seakan2 mati huhuhu. Rindu?? Ye memang saya rindu untuk mencoret/menulis/menaip/mengepos citer2/gambo2 dalam blog saya yang x seberapa ni. Idea pun seakan2 beku.
 
Setelah sekian lama saya kumpulkan semangat dan sifat kerajinan itu, saya kuatkan jari jemari saya menaip entry pertama di dalam tahun 2013 ni. Walhal, dah nak penghujung tahun dah hihihihi.
 
Pertama sekali, saya nk announce yang saya dah tak berkecimpung dalam dunia part time baker. Saya stop dulu. For how long??? Don't know yet. Kenapa saya dah x baking?? Saya still baking, tapi untuk diri sendiri je la. Untuk tempahan memang "STOP". Before saya stop, saya memang dah kurang menerima tempahan. Seingat saya, last order saya terima was in APRIL 2012. About 1.5years back.
 
Yes!! There are some reason why I made such decision.
 
The 1st reason, at that time I'm pregnant. Mengandung untuk kali kedua ni, sangat berbeza dengan yang pertama. Kesihatan agak terganggu. So, I'll decide to slow down my baking world.
 
DAMIA SARAH BINTI MOHAMAD HAIRUDIN
 
DAMIA HANNAH & DAMIA SARAH
 
Sekarang my Sarah almost 11months. Very active and adorable. Puji dan syukur hanya untuk-Mu Ya Allah. Terima kasih atas anugerah pinjaman yang tak terhingga dari-Mu. Ibu & ayah loves both of you very much!!
 
The 2nd reason, the best thing ever happened in my career. Milestone in developing my career. Saya dapat kerja baru di Negara luar. Tawaran datang during my confinement/maternity leave, SANGAT HAPPY.  That's why I decided to stop my baking. I don't want to but I have to. :)
 
Di Bumi Zikrullah ini, saya sekeluarga menumpang mencari rezeki.
 
 
Saya rasa cukup la dulu coretan saya untuk entry yang pertama ini setelah sekian lama tak merapu. Sampai bertemu kembali di entry yang akan datang.
 
 
xoxoxo


You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...