Wednesday, February 4, 2015

Belajar Bahasa Arab

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini akak nak berkongsi sedikit ilmu tentang bahasa arab. Akak bukannya pandai mana pun. Baru-baru nak mengenali dan memahirkan diri. Bahasa arab yang akak nak kongsikan ni, yang simple yang boleh kita semua gunakan sehari-hari. Akak pun dapat info dari sini 

Jom kita belajar bersama-sama.

  1. Ismi = Nama
  2. Kaifa Halukum = Apa khabar (lelaki)
  3. Kaifa Halukunna = Apa khabar (perempuan)
  4. Kaifa Halukuma = Apa khabar (ramai/jamak)
  5. Sobahul Khair = Selamat pagi
  6. Masa'ul Khair = Selamat sore/petang
  7. Saba al-Khair = Pagi
  8. Saba an-Nur = Siang
  9. Masa al-Khair = Sore/petang
  10. Masa an-Nur = Malam
  11. Akhi = Saudara lelaki
  12. Ikhwan = Lelaki
  13. Ukhti = Saudaruku perempuan
  14. Akhawat = Perempuan
  15. Afwan = Maaf/Permisi
  16. Mutaasif = Maafkan saya
  17. Antuma = Kamu (Perempuan)
  18. Antum = Kamu (Lelaki)
  19. Syukran = Terima kasih
  20. Tafadol = Silakan
  21. Faham = Mengerti
  22. Kam = Berapa
  23. Fulus = Wang
  24. Wa = Dan
  25. Halal = Boleh
  26. Haram/La = Tidak Boleh
  27. Ila Liqa' = Sampai ketemu
  28. Min aina = Dari mana
  29. Illa aina = Mahu ke mana
  30. Hareem = Itu (perempuan)
  31. Badiru = Bersegera
  32. Bahlul = Bodoh
  33. Na'am = Iya/Ok
  34. Ahlan wa Sahlan = Selamat
  35. Ikhwan Fillah = Saudara sekalian
  36. Ad'uu lak = Saya doakan kamu
  37. Anna fii Baitu = Saya sedang di rumah
  38. Maadzaa taf'al = Sedang apa
  39. Syafakallah = Semoga Allah memberikan kesembuhan untukmu (lelaki)
  40. Syafakillah = Semoga Allah memberikan kesembuhan untukmu (perempuan)
  41. Ellayi la Murhansat = Malamku tak terlupakan
  42. Kun fii ya Habibie = Di manakah kau (perempuan) kekasih
  43. Habibie ya Nurul Aini = Kekasihku wahai cahaya mataku
  44. Ana syuftak albi saliim = Melihatmu hatiku bahagia
  45. Jazakallah Khairin = Semoga Allah membalas yang lebih baik
  46. Baldan Thayyibatun wa Rabbun Ghafur = Negeri yang aman dan makmur serta dilimpahi rahmat Allah
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jom kita amalkan.

xoxoxo

Monday, February 2, 2015

All about ME

Assalamualaikum

Without realize, we are in the month of February.
Seems like yesterday we celebrated the new year of 2015.
A month like a week. 
A week like a day. 
A day like an hour. 
An hour like a minute.
And a minute like a second.
How quickly time passes.

When it's February, it means my age increase by one.
'Happy birthday to ME'

xoxoxo

Sunday, January 18, 2015

Resolution oh Resolution

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini, akak nak cerita pasal resolusi @ azam tahun baru. Untuk tahun 2015 ni, takde perubahan atau penambahan yang ketara dalam senarai azam tahun baru akak. Senang cerita 'more or less' sama je ngan tahun-tahun sebelum ni. Cuma yang bezanya, tahun ni akak nak fokus pada 3 perkara daripada jumlah senarai azam akak tu.

Pertama :
Tahun 2015 ni, akak nak menambahkan dan memperbanyakkan jumlah simpanan untuk diri sendiri & keluarga. Bukan simpanan berbentuk wang ringgit yang akak maksudkan tetapi simpanan dalam bentuk emas fizikal. Simpanan berbentuk wang ringgit tetap akak buat cuma tahun 2015 ni, akak nak lebihkan kepada simpanan emas fizikal. Kesedaran akak dalam menyimpan emas telah pun bermula dari tahun 2014 lagi. Jadi kesedaran akan besarnya nilai menyimpan emas fizikal tu, akak jadikan sebagai azam yang patut dan perlu akak tunaikan bagi tahun 2015 ni. Akak akan bercerita dengan lebih detail pada entry yang akan datang.

Kedua :
Akak nak sihat dan kurus! Hehehe rasa lawak lak dengan azam yang no.2 ni. Mungkin ada yang akan berkata, 'tu pun nak jadikan azam ke?'. Jawapan akak 'eh..mesti la. Bukan senang nak jaga kesihatan. Silap makan sikit, macam-macam penyakit boleh dapat. Nak kurus pun camtu gak. Makan masa tau nak turunkan berat badan. Kedua-dua tu perlukan fokus yang tinggi. Kena istiqamah. Tak boleh sekerat jalan'. Bab sihat & kurus ni pun, akak akan detailkan dalam entry yang berlainan. Akak akan cerita apa yang akak lakukan untuk kekal sihat dan usaha yang akak buat untuk KURUS! :)

Ketiga :
VACATION! Akak nak bawa family pegi bercuti sekerap yang mungkin. Tak kira lah dalam negara mahupun di luar negara. Untuk percutian dalam negara, akak namakannya 'weekend stopover'. So, bila ada masa terluang akak akan cuba pastikan yang 'weekend stopover' dapat dilaksanakan. Untuk percutian luar negara lak, memerlukan perancangan teliti. Kena ambil kira cuti sekolah anak, waktu bekerja akak mahupun suami. Dapat pergi sekali pun dah kira bagus. Reward untuk diri sendiri. :)

In shaa Allah, akak akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan 3 azam yang akak ceritakan kat atas. Lain-lain azam yang akak tidak nyatakan kat sini, tetap akak usahakan untuk menjayakannya. Cuma fokus akak lebih kepada 3 tu je la. See ya!

xoxoxo

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...