Sunday, January 18, 2015

Resolution oh Resolution

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini, akak nak cerita pasal resolusi @ azam tahun baru. Untuk tahun 2015 ni, takde perubahan atau penambahan yang ketara dalam senarai azam tahun baru akak. Senang cerita 'more or less' sama je ngan tahun-tahun sebelum ni. Cuma yang bezanya, tahun ni akak nak fokus pada 3 perkara daripada jumlah senarai azam akak tu.

Pertama :
Tahun 2015 ni, akak nak menambahkan dan memperbanyakkan jumlah simpanan untuk diri sendiri & keluarga. Bukan simpanan berbentuk wang ringgit yang akak maksudkan tetapi simpanan dalam bentuk emas fizikal. Simpanan berbentuk wang ringgit tetap akak buat cuma tahun 2015 ni, akak nak lebihkan kepada simpanan emas fizikal. Kesedaran akak dalam menyimpan emas telah pun bermula dari tahun 2014 lagi. Jadi kesedaran akan besarnya nilai menyimpan emas fizikal tu, akak jadikan sebagai azam yang patut dan perlu akak tunaikan bagi tahun 2015 ni. Akak akan bercerita dengan lebih detail pada entry yang akan datang.

Kedua :
Akak nak sihat dan kurus! Hehehe rasa lawak lak dengan azam yang no.2 ni. Mungkin ada yang akan berkata, 'tu pun nak jadikan azam ke?'. Jawapan akak 'eh..mesti la. Bukan senang nak jaga kesihatan. Silap makan sikit, macam-macam penyakit boleh dapat. Nak kurus pun camtu gak. Makan masa tau nak turunkan berat badan. Kedua-dua tu perlukan fokus yang tinggi. Kena istiqamah. Tak boleh sekerat jalan'. Bab sihat & kurus ni pun, akak akan detailkan dalam entry yang berlainan. Akak akan cerita apa yang akak lakukan untuk kekal sihat dan usaha yang akak buat untuk KURUS! :)

Ketiga :
VACATION! Akak nak bawa family pegi bercuti sekerap yang mungkin. Tak kira lah dalam negara mahupun di luar negara. Untuk percutian dalam negara, akak namakannya 'weekend stopover'. So, bila ada masa terluang akak akan cuba pastikan yang 'weekend stopover' dapat dilaksanakan. Untuk percutian luar negara lak, memerlukan perancangan teliti. Kena ambil kira cuti sekolah anak, waktu bekerja akak mahupun suami. Dapat pergi sekali pun dah kira bagus. Reward untuk diri sendiri. :)

In shaa Allah, akak akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan 3 azam yang akak ceritakan kat atas. Lain-lain azam yang akak tidak nyatakan kat sini, tetap akak usahakan untuk menjayakannya. Cuma fokus akak lebih kepada 3 tu je la. See ya!

xoxoxo

Wednesday, January 14, 2015

It's ME!

Assalamualaikum w.b.t

Lama bebenor rasanya akak tak mengintai kat sini. Naik bersawang dah laman sesawang akak ni. Tak tau lah virus apa yang dah menyerang akak. Malas sungguh nak menjenguk, nak meng'hapdate', nak berceloteh, nak berkongsi resepi dan macam-macam lagi lah.

Entah kenapa tetiba datang satu perasaan halus, keazaman dan keinginan yang tinggi untuk kembali aktif (walhal akak takde lah aktif mana pun) he he he.. Barangkali tahun baru dah menjelma kot. Bukan setakat menjelma lagi, dah masuk hari yang ke-14 pun. Biasa lah, bila masuk je tahun baru, macam-macam azam yang akak senaraikan. Sampai ke penghujung tahun, ada je yang tak tertunai. Tapi takpe, bak kata omputih 'it's better than none' ;)

Jadi, untuk merealisasikan 'angan-angan mat jenin' (hopefully bukan angan-angan mat jenin la) akak tu, akak mengambil keputusan untuk menukar nama blog akak. Dulu-dulu lebih dikenali dengan nama damia-cakes-hannah-cuppies.blogspot.com. Setelah melalui fasa perubahan, akak pun tukar la kepada nama nydiamrshairudin.blogspot.com. Bukannya apa, akak merasakan yang nama lama tu dah tak bape relevan lagi. 

Ada 2 sebab kenapa dan mengapa akak tukar nama blog ni.
  1. Dulu2, blog ni akak hasilkan sebagai medium mempromosikan bisnes cake & cupcake yang akak jalankan. Dah hampir 3 dah tahun akak stop dari dunia 'baking'. Kadang2 tu ada gak timbul keinginan untuk aktif semula. Tapi kekangan masa akak skang ni memaksa akak menunda semula keinginan tersebut. In shaa Allah, ada peluang nanti akak pasti akan kembali aktif :)
  2. Nama blog ni dulu adalah sempena nama anak akak yang sulung. Anak akak tu masih dalam kandungan lagi masa akak mula aktif dalam dunia 'baking' ni. Anak akak tu pun dah menginjak ke usia 5thn September nanti. Dan dia pun dah ada 2 orang adik; 1 pompuan 1 lelaki. Jadi, bila akak berazam untuk mengaktifkan diri sebagai blogger (In shaa Allah), akak merasakan yang akak perlu berlaku adil kepada mereka ber-3. Maka itu, nama blog ini pun bertukar la. Sekian! 
Sebagai penutup mukadimah, akak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015! Walaupun dah hari yang ke-14 di bulan Januari, akak rasa belum terlambat lagi nak buat ucapan he he he. Akak mendoakan semoga kedatangan 2015 ini membawa kebaikan untuk kita semua. Semoga kita mampu menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia di dunia sementara ini mahupun di dunia yang kekal nanti.

L to R : Damia Hannah, Damia Sarah & Danial Zahin

xoxoxo

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...