Tuesday, April 19, 2011

Basic Cupcakes Class

ATTENTION!!!!

Hehehe...atas permintaan dari beberapa pihak, sekali lagi saya akan mengadakan kelas 'Basic Cupcakes'...Saya akan berkongsi ilmu kurniaan dari-Nya dengan mereka2 yang saya gelarkan 'The Cuppies Lovers'...

Kepada mereka2 di luar sana yang berminat, boleh la menghubungi saya...Butiran mengenai kelas tersebut seperti di bawah:

Tarikh : 22 May 2011
Hari : Ahad
Masa : 10:30 pagi - 4:30 petang

Tentatif :
1) Hands on 2 jenis basic cupcakes - Choc & Vanilla
2) Hands on buttercream
3) Hands on decorations - Buttercream, Fondant & Piping Jelly
4) Lain2 perkongsian tips yang berguna

Yuran : RM 150 per person (Deposit - RM 70)

Tempat terhad kepada 5 orang sahaja..

NOTA : Sila bawa apron & kain lap sendiri

BERMINAT???Boleh hubungi saya di nydia.myatim@gmail.com / 019-7709373

Monday, April 18, 2011

Tragedy "LONG LIVE KING"

Disappointed..Frustrated..Tak tau camne nak gambarkan perasaan hati saya..Walau camne pun, saya kena redha & percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah kemanisan yang tersembunyi, yang tak terjangkau dek akal fikiran kita sebagai hamba-Nya..

Kisah bermula.......

Pagi2 Ahad, saya yang di bantu oleh suami bertungkus lumus menyiapkan tempahan..Tempahan xde la banyak mana pun, cuma sebagai part time baker yg amatur, agak susah juga pada mulanya..Nak dapatkan tune bak kata suami saya..Jadi, saya meminta bantuan dr suami sebagai penasihat, pengkritik merangkap juga pembantu..

Oleh kerana saya ada 2 tempahan yg nak disiapkan, dan perlu di hantar di 2 tempat yg berbeza & berjauhan antara 1 sama lain...kelam kabut juga saya di buatnya..Tapi itu merupakan pengalaman saya yg paling berharga & lebih mematangkan saya dalam pengurusan masa..

Setelah siap kedua2 tempahan, saya & suami memulakan perjalanan menghantar tempahan tersebut..Tempahan pertama selamat sampai ke tangan tuan penerima..Dalam perjalanan menghantar tempahan kedua, tetiba tergerak hati nak tengok keadaan cuppies, elok ke tak..Bila buka je plastik, taaraaa kek sudah di landa tsunami..Tunggang langgang jadinya..Sedihnya rasa..Fikir punya fikir, saya & suami amik keputusan beritahu tuan empunya tempahan yang saya terpaksa cancel dia punyer order..Rasa bersalah sangat..Mujur dia memahami..Terima kasih Mr. W...He is a Singaporean & my 1st ever Chinese customer...

Gambar cuppies yang telah saya siapkan yang dibantu oleh my beloved hubby...









Ini pula, gambar cuppies yang telah dilanda tsunami...huhuhuhu






Lesson learn : be more & extra careful... :)

From SyafiQah to SyafiQ

Menyiapkan order dr Syafiqah ni, agak mencabar kredibiliti saya sebagai part time baker..Memerlukan sepenuh daya tumpuan saya, tahap kretiviti saya...fuuuhhhh keluar semua keringat...hihihi....

Alhamdulillah, berjaya juga saya siapkan nya..kompom Syafiq suka punyerrr la.... :)

Kalau ada yang berkenan, sila lah order...jangan segan2 ye....






Wednesday, April 13, 2011

Happy 55th Birthday Mok Teh

25pcs Choc Moist Cuppies wif choc ganache topping & strawberry chocolate & chocolate grate..yummilicious!!!

Cuppies ni, last min order dr cousin saya utk her mum merangkap makcik saya iaitu kakak kepada emak saya..


Monday, April 11, 2011

Basic Cupcakes Class 01

Sememangnya saya mempunyai impian utk berkongsi ilmu yg saya ada dengan mengadakan kelas cupcakes..Impian itu akan saya jayakan pada masa yg saya rasa sesuai, kemungkinan pada hujung tahun ini..

Tapi, bila mana cerita saya & cupcakes tersiar di dalam akhbar Sinar Harian..Impian itu di percepatkan oleh-Nya..Ada permintaan dari beberapa individu yg menyebabkan saya berfikir semula sebaik2 nya..Dan akhirnya, pada 10.04.2011, bermula lah sessi kelas cupcakes pertama yg di terajui oleh saya..Walaupun hanya ada 2 pelajar, ianya sudah membuatkan saya bersemangat utk menjayakan sessi kelas yg akan datang..

Terima kasih kepada Kak Salina & Kak Salinah..Nama mereka serupa, tapi 2 individu yang berbeza..Seorang amat suka kan deco menggunakan buttercream, yg seorang lagi suka men'deco' dengan fondant..

Gambar di bawah adalah gambar cuppies yg siap di'deco' oleh mereka yg sempat saya snap... :)



Wednesday, April 6, 2011

Cuppies from Deena to her Beloved Ibu

Gambar cuppies di bawah, di tempah oleh Deena khas utk birthday ibu tersayang..Meeting point kt McD Angsana..Alhamdulillah, Deena amat sukakan hasil kerja tangan saya... :)

Taaaraaa...ini lah hasil kerja tangan saya...hihihi





Monday, April 4, 2011

Selamat Bertunang Sally

1 hari 1 malam saya memerah tenaga utk menyiapkan cuppies 1box=25pcs untuk dijadikan hantaran pertunangan & 1box=12pcs untuk makan2..Cuppies ni di'order' oleh rakan baik saya..Kami sekampung & sekelas masa sekolah rendah dulu..Bila masuk sekolah menegah, kami bersekolah di berlainan tempat..Walaupun, dh x 1 sekolah, kami still bff sampai skang... :)

Kalau diikutkan, saya x mengambil masa yg lama utk siapkan all the cuppies..Memandangkan anak saya yg masih kecil & sgt2 meminta perhatian yg lebih dr saya menyebabkan saya mengambil masa yg agak panjang..Alhamdulillah, cuppies yg telah berjaya saya siapkan sgt memuaskan hati kawan saya..Saya apatah lg, tersangatlah berpuas hati...hihihi

Gambar2 di bawah adalah untuk set hantaran...Cantikkk x???






Yang ni lak, di'order' untuk makan2..




You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...