Saturday, January 17, 2015

Resolution oh Resolution

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini, akak nak cerita pasal resolusi @ azam tahun baru. Untuk tahun 2015 ni, takde perubahan atau penambahan yang ketara dalam senarai azam tahun baru akak. Senang cerita 'more or less' sama je ngan tahun-tahun sebelum ni. Cuma yang bezanya, tahun ni akak nak fokus pada 3 perkara daripada jumlah senarai azam akak tu.

Pertama :
Tahun 2015 ni, akak nak menambahkan dan memperbanyakkan jumlah simpanan untuk diri sendiri & keluarga. Bukan simpanan berbentuk wang ringgit yang akak maksudkan tetapi simpanan dalam bentuk emas fizikal. Simpanan berbentuk wang ringgit tetap akak buat cuma tahun 2015 ni, akak nak lebihkan kepada simpanan emas fizikal. Kesedaran akak dalam menyimpan emas telah pun bermula dari tahun 2014 lagi. Jadi kesedaran akan besarnya nilai menyimpan emas fizikal tu, akak jadikan sebagai azam yang patut dan perlu akak tunaikan bagi tahun 2015 ni. Akak akan bercerita dengan lebih detail pada entry yang akan datang.

Kedua :
Akak nak sihat dan kurus! Hehehe rasa lawak lak dengan azam yang no.2 ni. Mungkin ada yang akan berkata, 'tu pun nak jadikan azam ke?'. Jawapan akak 'eh..mesti la. Bukan senang nak jaga kesihatan. Silap makan sikit, macam-macam penyakit boleh dapat. Nak kurus pun camtu gak. Makan masa tau nak turunkan berat badan. Kedua-dua tu perlukan fokus yang tinggi. Kena istiqamah. Tak boleh sekerat jalan'. Bab sihat & kurus ni pun, akak akan detailkan dalam entry yang berlainan. Akak akan cerita apa yang akak lakukan untuk kekal sihat dan usaha yang akak buat untuk KURUS! :)

Ketiga :
VACATION! Akak nak bawa family pegi bercuti sekerap yang mungkin. Tak kira lah dalam negara mahupun di luar negara. Untuk percutian dalam negara, akak namakannya 'weekend stopover'. So, bila ada masa terluang akak akan cuba pastikan yang 'weekend stopover' dapat dilaksanakan. Untuk percutian luar negara lak, memerlukan perancangan teliti. Kena ambil kira cuti sekolah anak, waktu bekerja akak mahupun suami. Dapat pergi sekali pun dah kira bagus. Reward untuk diri sendiri. :)

In shaa Allah, akak akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan 3 azam yang akak ceritakan kat atas. Lain-lain azam yang akak tidak nyatakan kat sini, tetap akak usahakan untuk menjayakannya. Cuma fokus akak lebih kepada 3 tu je la. See ya!

xoxoxo

No comments:

Post a Comment

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...