Sunday, April 6, 2014

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Jeng jeng jeng...ini lah dia entry pertamaku untuk tahun 2014..punyalah lama dok mengarang serta merangka apa yang nak di kongsi ngan semua..macam2 cerita yang bersarang dalam kepala ni, cuma bila nak menterjemahkannya, punyalah payah..asik la bertangguh..asik la kebuntuan kata2..Tup tup, ini lah hasilnya..chekidout... :)

Esok 6 April 2014, genaplah setahun akak and family menjadi perantau di bumi zikrullah ni. Sungguh pantas masa berlalu. Cam x sedar, ghupa2nya dah setahun akak di perantauan. Sepanjang 1tahun ni, macam2 perkara yang berlaku. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang mengujakan. Macam2 lah. Nak story satu2 cam x larat lak. Lagi2 la dalam keadaan kesihatan akak yang up and down ni...hihihihi..

Akak rasa, cukuplah mukadimah 2 perenggan tu..penat lak nak type panjang2..Nanti lagi banyak yang akak merapukan..hahahaha

Sebagai merasmikan entry pertama untuk tahun 2014 ni, nah..akak belanja you all gambar ni..sila scroll bawah ye...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Menarik tak? Terliur tak? :D

Bersilat akak kat dapur nak siapkan juadah yang istimewa ni. Mujur my dear hubby sudi membantu. Kalau tak, memang tersungkur la akak kat dapur tu. Incik somi dah tegur dah, kalau x larat jangan buat. Masak yang senang je pesannya. Tapi disebabkan konon2nya sebagai nak mengenang hari peristiwa a.k.a anniversary, nekad masak SOTO AYAM JOHOR versi akak. Lagi2 my lil baby ni menendang2 nakkan soto hihihi. Merayulah akak meminta bantuan incik somi..hihihihi...boleh gitu???

Meh akak kongsikan resepi SOTO AYAM versi akak..kalau rasa menarik, sila la cuba.. :) Opss sebelum tu, terima kasih kepada tuan empunya resepi. Akak tak ingat kat blog mana akak dapat resepi ni. Akak modify sikit2 la, ikut versi akak..hehehehe

SOTO AYAM JOHOR

BAHAN-BAHAN (KUAH/SUP):

a) Bahan Untuk Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
b) Bahan Untuk Kisar Halus (blend)
  • 1 biji bawang besar
  • 7-8 biji bawang kecil
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 3-4 biji buah keras
c) Bahan-bahan Lain
  • Rangka & isi ayam - cuci bersih & toskan
  • 2 batang serai - di titik
  • 1 inci lengkuas - di titik
  • Daun sup - kerat kasar
  • Bawang goreng - agak2 1 genggam
  • 2 tbsp rempah sup + 1 tbsp rempah kurma + 5-6 tbsp air - jadikan pes
  • Air secukupnya
CARA-CARA:

1) Panaskan minyak dalam periuk.
2) Tumiskan bahan a) hingga berbau harum.
3) Masukkan serai, lengkuas & bahan b) hingga wangi.
4) Masukkan pes & tumis hingga rempah sedikit garing.
5) Masukkan rangka & isi ayam. Gaul rata & biar kecut sedikit.
6) Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng & daun sup. Kacau rata & biar mendidih.
7) Kecilkan api & reneh agak2 1jam. Tambah garam secukup rasa.
8) Selepas agak2 20-30 minit, keluarkan bahagian ayam yang berisi, biarkan sejuk & carik halus.

BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Nasi impit - yang telah direbus @ Bihun - yang telah dicelur
  • Begedel - resepi sila scroll down ya..
  • Taugeh (buang ekor) - dicelur sebentar
  • Soo hoon goreng - pastikan minyak betul2 panas
  • Kacang tanah goreng
  • Daun sup - di hiris
  • Bawang goreng
  • Daging ayam yang telah di carik halus
  • Sambal kicap

Soto tanpa begedel umpama lagu tanpa irama..Macam makan nasi tak berlauk..chewah, bermadah bagai...kihkihkih..Moh kita intai resepi begedel akak..

BEGEDEL

BAHAN-BAHAN:

6-7 biji kentang - kupas kulit, cuci bersih, rebus @ goreng
200gm daging kisar
Daun sup - mayang halus
Bawang goreng - secukupnya
2 biji telor

CARA-CARA:

1) Rebus @ goreng kentang yang telah dikupas. Setelah lembut, angkat dan lecekkan.
2) Masukkan daging kisar, daun sup & bawang goreng. Gaul sebati.
3) Perisakan & perasakan dengan garam secukupnya & serbuk lada hitam. Gaul rata.
4) Kepal2kan menjadi bebola. Kemudian leperkan bebola macam rupa bentuk kuih cucur badak.
5) Simpan sebentar dalam fridge (Agak2 dalam 15 minit).
6) Panaskan minyak dalam kuali.
7) Telor dipukul sebentar. Salutkan begedel dengan telor kemudian goreng hingga kekuningan.

Begitula ghupanya resepi SOTO AYAM akak. Sila lah cuba pada yang berkenan. In shaa Allah sedap dan x mengecewakan. :) 

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!

Ok la, dah panjang lebar akak merapu. Akak stop sini dulu la ye..until we meet again in my next entry..

Bubbye & Assalamualaikum...


xoxoxo

No comments:

Post a Comment

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...