Friday, May 2, 2014

Selamat Datang May

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Bulan May datang lagi. Jeng jeng jeng...birthday incik somi is around the corner. Bukan itu saja, berdebar & excited menanti kehadiran ahli keluarga kami yang baru yang juga our first baby boy, in shaa Allah..teruja dan sangat teruja..hihihi..

Tahun-tahun yang dulu, akak buat sendiri kek untuk incik somi. Tapi tahun ni, x dapat nak prepare pape pun. Nak pi mengukur shopping complex, pi cari hadiah pun dah x larat rasanya. Rasa bersalah lak pada incik somi akak. Apa yang mampu akak buat, hari-hari dok bercakap ngn baby supaya keluar on the same date with his ayah birthdate. Jikalau diizinkan Allah, memang menjadi hadiah yang paling bermakna untuk incik somi la. Akak pun senang keje la nanti..hihihi..boleh gitu???

Sebelum akak dapat menikmati indahnya saat itu, dugaan & cubaan yang Allah turunkan. Akak se-familia kurang sihat. Incik somi demam, akak sakit tekak+flu+batuk & anak-anak pun package flu dan batuk. Kalau dah sekapal tak sihat, memang huru hara juga di buatnya. Mana nak melayan sakit sendiri, nak menjaga incik somi, dan yang paling mencabar melayan kerenah anak-anak yang tak sihat. Alhamdulillah, demam incik somi x lama..Mungkin demam urat je, kepenatan melampau barangkali..Akak ngn anak-anak masih belum sihat sepenuhnya.

Bila x sihat, selera makan pun ntah ke mana. Tapi x bole la sampai x makan langsung. Nanti lain lak jadinya. Jenuh akak dok memikir nak masak apa, sudahnya akak cuma terfikirkan sup ayam je. Jadi, itu gak la yang akak masak untuk seisi keluarga. Jom layan akak punya resepi sup ayam

AYAM MASAK SUP @ SUP AYAM

Bahan-bahan:

Ayam (akak guna dalam 7 ketul)
* Bawang merah (6 biji)
* Bawang putih - 3 ulas
* Halia - 1 inci
(Bahan-bahan * ditumbuk sederhana halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Sup bunjut (Akak guna brand Mak Siti)
2 tbsp rempah sup
4 tbsp air
(Campurkan & jadikan pes cam dalam gambar)
3 biji kentang
1 biji lobak merah
Air (terpulang nak banyak mana kuah & besar mana periuk)

Cara-cara:

1) Panaskan minyak masak (3-4tbsp) dalam periuk. Setelah panas, tumiskan (kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+biji pelaga) sehingga naik bau.
2) Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk sederhana halus. Tumis sehingga agak kekuningan dan berbau harum.
3) Masukkan pes rempah sup. Kacau sebentar. 
4) Sesudah sebati, masukkan ayam & gaul rata biar semua bahan tumisan tersalut pada ayam. Biarkan sebentar. 
5) Masukkan air & kacau sehingga bahan-bahan tumisan berserta ayam tadi bergaul mesra dengan air. Kemudian masukkan sup bunjut.
6) Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau sebentar dan biar mendidih.
7) Bila dah mendidih, masukkan garam secukup rasa. Kecilkan api. 
8) Padamkan api apabila ayam telah benar-benar masak & kentang serta lobak telah empuk.
9) Boleh dihidangkan bersama potongan daun sup & juga bawang goreng.

Taraaa..ini lah rupa sup ayam yang akak dah siap masak. 
Daun sup xde dalam stock, so letak bawang goreng je la..

Selamat mencuba pada yang sudi. Sampai ketemu lagi di entry akan datang. Bubbye..


xoxoxo




No comments:

Post a Comment

You Might Also Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...